Kerana Sekeping Hati Bukan Milik Kita

 >Sekeping hati ini bukan milik kita, bila2 masa je Dia boleh terbalikkan<

>Kerana itu aku bimbang andai sampai satu saat di hati ini tidak lagi ada kamu<

>Kerana itu juga aku bimbang andai tidak dapat menunaikan janji yg telah dibuat untuk kamu<


...
kenapa??
...

>Kerana terkadang ada insan lain yg ingin mengetuk pintu hati ini<
>Kerana hati ini terkadang merasakan tidak lagi diperlukan kamu<
>Kerana diri ini tidak tahu apa yg telah Allah tetapkan untuk kita<
>Namun aku masih berharap jodoh itu tetap milik kita<


........

Hanya sesekali kita berhubungan sehinggakan kadangkala aku merasakan diri ini seperti diabaikan


Hanya sesekali kamu mengirim khabar berita sehingga aku merasa diri ini tidak penting dalam hidupmu

Namun, aku pernah berjanji untuk setia menunggu kamu

Dan kau juga berjanji untuk datang menyuntingku bila tiba saatnya

Walau seringkali hati ini hampir rapuh, tapi itu jugalah yg menguatkan lagi hati ini supaya terus bertahan

Akan ku terus bertahan melangkah dan menempuh dugaan yg mendatang

Dengan keyakinan kau akan menjemputku suatu hari nanti

~ Untuk menghalalkan rasa cinta ini ~

~ Doaku panjatkan semoga Allah tetapkan hati aku dan hati kamu sehingga waktu menyatukan hati kita ~ 


Jika ALLAH tak memberimu seseorang yg kamu impikan,
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yg memimpikanmu.

Bila ALLAH tak memberimu seseorang yg kamu rindukan,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yg merindukanmu.

Bila ALLAH tak memberimu seseorang yg kamu dambakan,
Semoga Dia memberimu seseorang yg mendambakanmu.

Bila ALLAH tak menyatukanmu dgn seseorang yg kamu cintai,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yg mencintaimu.

Yg bukan hanya kerana apa yg ada padamu ....
tapi apa adanya dirimu!!!

Sujudkan HATI dan JIWAmu,,
Semoga ALLAH memberi kita yg TERBAIK
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya..
Kerana... Jodohmu takkan jauh sifat, peribadinya sepertimu...





No comments:

Post a Comment