Narathiwat mari~~ Day 2

Assalamualaikum wbt...

Ok, now aku nak sambung untuk hari kedua kat Narathiwat.

Pagi-pagi lagi pukul 5.00 pagi aku dah 'tercongok' atas katil. Owh..orang tengah azan subuh rupanya. So, aku pun masuk bilik air memandangkan aku kena turun ke lobi hotel seawal 7 pagi waktu Thai. Masuk bilik air, nampak tab mandi rasa macam nak berendam je. Tapi bila pikirkan solat subuh and Murni yang masih belum  bangun, aku siap cepat-cepat.

Lepas breakfast, kami dibawa lagi jalan-jalan pusing Narathiwat. Bos nak beli cenderahati rupanya...
So kami singgah la kedai yang jual keris dan 'bunga emas'. Keris korang biasa tengok kan? Bunga emas??Haaaaa...aku pun tak pernah tengok rupa bunga ni.



Bunga emas sebagai simbolik negara Thai


Alhamdulillah, semenjak aku menjadi sebahagian dari MITI Kelantan ni macam-macam pengalaman 'pertama kali' yang aku dapat.

Lepas tu kami singgah kat kedai yang sedia servis untuk tukar duit. Duit Malaysia tak laku dah kat situ..huhu...
Owh,,aku ngan Murni menyesal sangat sebab tak withdraw duit awal-awal. Masa tu dalam dompet aku cuma ada RM100+. And memang tak puas shopping. Tambah lagi duit Malaysia sekarang jatuh nilai. So aku cuma dapat tukar RM100=9200 baht.

Lebih kurang sejam lepas tu, dalam pukul 11 pagi kami sekali lagi ke Narathiwat Provincial Hall. Ada sambutan Women's Day. Kami dibawa masuk dalam dewan yang penuh dengan orang Siam.

Seriously, sepanjang dalam dewan aku tak paham apa je perkataan yang aku dengar melainkan ikrar sebab diorang baca ikrar dalam bahasa 'klatey' sebagai tanda mengalu-alukan kami. And ada jugak la persembahan tarian culture orang siam.

Seterusnya kami dibawa ke tempat pameran produk Narathiwat "OTOP Mobile (one tambon one product)". Konsep OTOP ni kalau di Malaysia sama la ngan SDSI (satu daerah satu industri). Kat situ bos kami beria shopping...orang banyak duit takpe la kannnn...


Thai journalist

Bos gelak bila kitaorang takleh nak baca business card yang dalam tulisan siam

Proses mencuba makanan..makan makan makan!
Business trip kali ni end with visited to Pejabat Agama Islam Narathiwat...alaaaaaa, tempat yang selalu orang kawen lari g untuk kawin~~

Sedikit buah tangan dari Narathiwat untuk diri aku sendiri... the video. Tengok la masa minit ke 2:08 =D

>> so sape sape rasa nak kawen lari boleh la mintak peta ngan aku...hihihiiiiii

Narathiwat mari~~ Day 1

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertaubat kepadaNya.

Ehem ehem...last week bos aku bawak aku p meeting kat Narathiwat....!! Heee...best sangat walaupun mula-mula tu cam taknak g je =)

Bos bawak pun actually last minute decision memandangkan Pn. Intan (bos ke-2 kat MITI ni) terpaksa berkursus di KL. So, pagi tu 7.45 aku sampai ofis macam biasa la 'mengular' dulu. Kan waktu keje pukul 8..hihi.. Dalam 8.15 tu bos datang kat tempat kami budak-budak praktikal ni mintak tolong hantarkan dia ke hotel sebab driver bos masa tu takde. So aku n Murni (praktikal cam aku gak) dengan 'paksarela' menurut perintah...heeeee~

On the way ke hotel tu bos bersuara, "Elis, kejap lagi awak g pusat kraftangan. Beli la cenderahati yang macam bentuk stand tu, nak sebelum pukul 10. Elis dgn Murni ikut saya meeting kat Narathiwat ye. Jam 10 pagi kita gerak." Fikiran kami masa tu cam blurrr je sebab fikir dengan kedai tak bukak lagi kat pusat kraftangan, baju tak packing lagi, pasport takde nasib boleh buat border pass je, and the most important aku tak mintak kebenaran parents aku lagi..rasa cam sedikit kalut masa tu.

Lepas hantar bos ke hotel, terus aku balik ofis ambik kereta pecut balik rumah packing baju. Yelah, kami cuma ada masa 1 jam setengah je nak siap-siap. Otw balik rumah tu aku call mak aku mintak tolong dia siapkan beg aku siap-siap. Terima Kasih Umi! 

Siap semua urusan ambik baju aku ngan Murni, terus kami balik ofis sebab dah lambat masa tu. At last, pukul 10.30 pagi tu kami bertolak ke Rantau Panjang untuk urusan buat border pass. Kat Sg. Golok tu orang-orang dari gabenor Narathiwat dah sedia menunggu delegasi dari Malaysia. Punggah semua barang-barang  n babai Kelantan. =D

Sesampai di sana, baru aku sedar kat sana masa diorang awal sejam dari Malaysia. After lunch and check-in, kami terus ke pejabat Gabenor Narathiwat untuk mesyuarat.

Warmly welcoming us =D
Imperial Narathiwat Hotel ni satu-satunya hotal mewah yang menyediakan makanan halal. So kalau nak ke sana make sure hotel yang korang duk tu ada sediakan makanan halal ye~ =D


That's my boss!

Dialog : My name is Siti Nur Azmarinda Roslan. I'm officer of MITI Kelantan
Masa tengah introduce tu sempat aku pandang bos aku...boleh pulak dia sengih je masa tu.

Buah tangan daripada Gabenor Narathiwat, Mr. Apinun Suetanuwong.
Tak sempat nak pandang kamera.

Meeting habis lebih kurang pukul 5 petang waktu Narathiwat. After that, orang-orang sana bawak kami jalan-jalan sekitar Narathiwat. Sebelah malamnya pulak,,kami dibawa makan di restoran yang konsep dia lebih kurang macam chimcum. And alhamdulillah walaupun tak semua restoran dan hotel menyediakan makanan halal, dengan bantuan mereka yang faham kami beragama Islam menyenangkan urusan kami di sana.

Next, 2nd day aku sambung lain waktu ^_^