1) SITI KHADIJAH
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg pertama,
melahirkan anak2 Rasulullah,
setia dan banyak menyokong perjuangan Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang2 kafir dan musyrik,
menghantar makanan kepada Rasulullah ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) SITI FATIMAH
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
- Sangat setia dan kasih kpd suaminya, Saidina Ali Karamullahu Wajhah walaupun Saidina Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 berbantalkan lengan Ali.
- Rasulullah pernah berkata 'aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.'
3) SITI A'ISHAH
- Beliau isteri Rasulullah yg paling muda dan romantik.
- Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Baginda minum di situ beliau minum menggunakan bekas yg sama.
4) SITI HAJAR
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan perintah Allah.
- Sanggup ditinggalkan Nabi Ibrahim atas perintah Allah demi kebaikan.
- Berjuang mencari air di tengah2 padang pasir untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan ibu mithali).
5) SITI MARIAM
- Wanita suci yg sangat menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.
6) SITI ASIAH
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapi daripada Firaun laknatullah.
7) SITI AMINAH
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasulullah dan mendidik Baginda menjadi insan mulia.
8) SITI MUTI'AH
- Seorang yg patut dicontohi dan dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanan tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suamiya sahaja.
9) SITI ZUBAIDAH
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
- Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t
Princess Elise ~ bangga sebab ayah saya pun bagi nama SITI kat saya ^_^
No comments:
Post a Comment