Dia..pakar perubatan Islam.

"Perubatan sebenarnya bukanlah sesuatu yang rumit atau ilmu sains yang penuh dengan ranjau duri serta halangan seperti matematik dan metafizik, jadi saya akan melakukan perubahan yang besar; saya akan menjadi pengamal perubatan yang cemerlang dan mengubat pesakit menggunakan kaedah yang sudah teruji keberkesanannya."

Kata-kata di atas merupakan kata-kata dari seorang pakar perubatan Islam. Siapakah beliau? Kita mungkin biasa mendengar nama Ibnu Sina, tapi tahukah kita serba sedikit tentang pakar perubatan yang sangat terkenal ini? 

Orang kata ilmu yang ada elok la kalau dikongsi, ye tak?hihi..jadi di sini aku nak berkongsi dengan korang semua tentang sedikit info yang aku dapat hasil dari pembacaan aku nie. Yela, bulan2 puasa ni kene la banyak baca bahan bacaan berilmiah.  XD

Ibnu Sina..nama penuh beliau ialah Abu Ali al-Hussein ibn Abdullah ibn Sina. Ibnu Sina yang juga dikenali sebagai Avicenna (slanga barat) pada asalnya merupakan pakar dalam pelbagai bidang namun dikhususkan kepada perubatan setelah beliau menemui beberapa kaedah perubatan yang sukar untuk orang lain temui. 

Ibnu Sina nie dilahirkan di Afshana, dekat Bukhara, ibu negeri Samanids iaitu semasa dinasti Persia di Asia Tengah dan Khorasan. Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 980M dan bapanya - Abdullah berasal dari Balkh (Afghanistan), manakala ibunya - Setareh pula berasal dari Bukhara (Uzbekistan).

Kebijaksanaan Ibnu Sina bermula seawal 5 tahun. Semasa umurnya meningkat 14 tahun, kehebatan pemikirannya semakin terserlah apabila beliau dapat berhujah dengan gurunya sehingga gurunya itu menghormati pandangan beliau. Dikatakan dalam autobigrafinya bahawa tiada apa yang beliau tidak pelajari apabila usia meningkat mencecah 18 tahun.

Ketika usia Ibnu Sina di awal belasan tahun, beliau cuba memahami ilmu metafizik oleh Aristotle, yang mana beliau tidak memahaminya sehinggalah beliau membaca ulasan al-Farabi tentang karya tersebut. Sejak itu beliau tidak lagi menoleh ke belakang dan terus menimba segala ilmu dan harapannya hanya satu, 'Ilmu pengetahuan seorang Muslim lebih hebat.'

Ibnu Sina mempelajari perubatan di bawah ahli fizik yang bernama Koushyar. Beliau menulis kira-kira 450 karya dalam pelbagai bidang dan subjek, yang mana kira-kira 240 daripadanya yang masih ada. Pada dasarnya, 150 daripada karya beliau yang masih ada tertumpu kepada bidang falsafah dan 40 daripadanya berkisar tentang perubatan.

Karya beliau yang paling terkenal ialah 'Kitab asy-Syifa' (The Book of Healing)-ensiklopedia tentang perubatan, dan 'Al-Qanun fit Tibb' (The Canon of Medicine)-teks yang dijadikan medium perubatan di banyak universiti semasa zaman pertengahan.

Selain itu, Ibnu Sina juga seorang hafiz, berkarya tentang ilmu astronomi, kimia, geologi, psikologi Islam, falsafah Islam, teologi Islam, mantik, paleontologi, metamatik, fizik, puisi, dan sains. Beliau dianggap sebagai seorang yang paling berpengaruh dan terkenal di zaman kegemilangan Islam (tamadun dunia 750M-1258M).

Pada 10 tahun terakhir hayatnya, Ibnu Sina berkhidmat untuk Abu Ja'far Ala Addaula-penguasa bandar Isfahan, sebagai ahli fizik, sasterawan dan penasihat saintifik. Dalam tahun-tahun itu juga beliau mula mendalami bidang sastera dan filologi. Beliau sangat terkenal dengan kuat bekerja, sentiasa mencari ilmu baru untuk dibuat kajian sehingga pekerjaan beliau itu menyebabkan kesihatan beliau terganggu.

Rakan-rakan beliau menasihatkannya agar berehat dan menyederhanakan kerja supaya kesihatan beliau stabil tetapi Ibnu Sina menolak bahkan berkata, "Saya lebih suka kehidupan singkat tapi luas, lebar, dan panjang."

Di saat kematiannya, belas kasihan menyelubungi diri Ibnu Sina. Beliau banyak mengeluarkan sedekah, membayar segala hutang, membebaskan hambanya, dan khatam al-Quran setiap 3 hari sekali. Ibnu Sina meninggal dunia pada bulan Jun tahun 1037M semasa berusia 57 tahun pada bulan Ramadan. Jenazah beliau dikebumikan di Hamadan, Iran. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan bersama-sama orang yang beriman.

Itulah sedikit sebanyak yang boleh aku kongsikan dengan korang semua. Hebatkan Ibnu Sina? Aku kagum sangat2 dengan tokoh perubatan Islam nie. Kalau korang rasa entri ni agak skema biasa la 2..nama pun menulis bahan ilmiah..hikhikhik
Moga2 perkongsian entri kali ni memberi manfaat utk kita semua. At least kalau sebelum nie kita tak pernah tau pasal Ibnu Sina, harap entri nie dapat memberi ilmu pengetahuan baru utk kita semua. :D 

♥ GoodBye Days ♥

Dah lama aku tak jenguk blog nih..
Dah jadi ape aku pun xtau..hheee
Aku nak menulis tapi tak tau nak tulis ape. Jadi aku decide nak post 1 lagu ditujukan kepada semua kengkawan yg sentiasa di ♥ :)
Disebalik lagu nie ade banyak memori2 indah yg pernah terlakar dalam hidup aku..suatu ketika dulu.
Setiap kali aku dengar lagu nie, ada seseorang yg aku ingat..
Ada seseorang yg bermain difikiran aku,
ada seseorang yg aku rindu..




   Yui - Goodbye Days   
Dakara ima ai ni yuku
Sou kimetanda
POKETTO no kono kyoku wo
Kimi ni kikasetai
Sotto VORYUUMU wo agete
Tashikamete mita yo

oh Good-bye days ima
Kawaru ki ga suru
Kinou made ni so long
Kakkoyoku nai yasashi sa ga soba ni aru kara
La la la la~ with you

Katahou no IYAFON wo
Kimi ni watasu
Yukkuri to nagarekomu
Kono shunkan
Umaku aisete imasu ka?
Tama ni mayou kedo

oh Good-bye days ima
Kawari hajimeta mune no oku alright
Kakkoyoku nai yasashi sa ga soba ni aru kara
La la la la~ with you

Dekireba kanashii
Omoi nante shitaku nai
Demo yatte kuru desho?
Sono toki egao de 
Yeah hello!! my friend nante sa
Ieta nara ii no ni...
Onaji uta wo kuchizusamu toki
Soba ni ite I wish
Kakkoyoku nai yasashi sa ni
Aete yokatta yo
La la la la...Good-bye days

Translation

So I’ll go to you now, I’ve made up my mind
I want to play you the song in my pocket
I quietly turned up the volume to make sure

Oh good-bye days
I feel like things are changing now
So long yesterday and before
I have a clumsy tenderness by my side
La la la la la
~With you

I pass you one earphone
And in that moment, it plays slowly
I am, I'm loving you, right? Sometimes I get confused

Oh good-bye days
Now what’s in my heart has begun to change, alright
I have a clumsy tenderness by my side
La la la la la
~With you

I don’t want to have sad thoughts if I can help it
But they’re bound to come, right?
When they do, I’ll smile and say
"Yeah, hello My friend!" 
I hope I can call you 

When we sing the same song
Be by my side, I wish
I’m glad I found that clumsy tenderness
La la la la la
...Good-bye days


>> Walaupun sudah hampir dua tahun berlalu, ia masih segar dalam ingatanku.