Bermalam di Katil Seorang Lelaki

>> First skali jgn salah paham bila baca tajuk atas tu ye~ hehe...
>> Nie cuma kisah tentang seorang lelaki dan seorang perempuan.
>> Bagi aku story ni 'sweet' la..huhu


Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. 
Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung sesiapa...lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. 
Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ketempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar dah tertinggal.

Trainer yang  mengetuai rombongan ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka pun balik laaaa.

Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra..... menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain, tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. 
Start lah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. 
So dia pergi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan
lewat 20an dan bertanya: "Siapa kamu?" 
Jawablah cikgu tadi yg dia tertinggal bas rombongan dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya terletak di selatan dan tempat mereka berada di utara dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. 
Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang akal...

Disebabkan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam di pondok dia je sementara tunggu subuh untuk hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai penghadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi  duduk di penjuru pondok  dan membaca buku.
Yg cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak
brenti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus bakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apa lagi,bertambah kecut perut takut kerana  berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. menggeletar giler maut...
Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi
..............??????...................

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya. 
Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju.
Dalam hati si bapa tadi heran tengok  jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan
bertanya kenapa...??????

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam di pondok beliau.
Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka.
Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang ke rumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., 
tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang
sudah..................................................

MOTIF CERITA....................

Beruntunglah lelaki tersebut kerana menghindar kan diri dari melakukan
benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan
halal seumur hidup...............




So apa lagi geng.... kot ada awek tersesat.. bakar lah jari korang!

>> So ambillah iktibar dari cerita kat atas... :-)

No comments:

Post a Comment