Bukan PASRAH tapi REDHA :)

Aku akan berhenti memikirkanmu...
dan ku akan benar2 melepaskan ikatan di hatiku
Aku hanya akan merubah diriku menjadi yg terbaik hanya kerana Allah...
Bukan kerana menginginkanmu, kan ku lepaskan belenggu ini...
Yang membuat hatiku semakin rapuh karna cinta yg penuh dgn tanda tanya...


Biarlah kau teruskan perjalananmu tuk jadi yg terbaik 
untuk seseorang yg akan ditakdirkan untukmu,, aku pun begitu...
Aku akan melanjutkan perjalananku tuk menjadi yg terbaik
untuk seseorang yg akan menjadi IMAMku
meskipun itu bukanlah dirimu...
Karna kini ku telah yakin...

Jika aku telah menjadi yg terbaik, 
maka Allah tetap memberiku yg terbaik pula
meskipun itu bukanlah dirimu...
Ku harap kau mendapatkan yg terbaik...
Dan DOAKAN aku agar ku juga mendapatkan yg terbaik
hingga aku bisa TENANG dengan PILIHAN-Nya
meskipun itu bukanlah dirimu...

~ Dari seseorang kpd seseorang ~

SOLATLAH WALAUPUN TERPAKSA


LIATNYA kita untuk solat BERSOLAT. Apatah lagi BERJEMAAH di surau..
Bangun pagi pun lepas azan subuh. Bila bulan Ramadhan semangat betul kita bangun awal, bersahur, solat sunat tahajjud dan ibadah yg lain.. Namun kini, atas nama KESIBUKAN kita pun larut dengan raja KEMALASAN..lalu tepi surau, pandang SEBELAH MATA je..

Usahlah PERSOALKAN bilangan si hawa yg solat di surau, mari kita kira dahulu berapa batang tubuh KAUM ADAM yg sanggup BERMUJAHADAH mendisiplinkan diri solat di surau? 
Konsisten dalam jejak-jejak menuruti PANGGILAN AZAN di surau?

Mereka ini bagai JEJAKA IDAMAN yg paling TERMAHAL di abad ini. Susah ingin jumpa orang yg macam ini lagi, bagai TERPUTUS ditelan dek duniawi..
Bukan saja disukai ramai malah Allah LEBIH SUKA dahulu kepada mereka.

Sabda Nabi SAW :
"Solat BERSAMA ORANG LAIN lebih baik daripada solat sendirian. Solat bersama dua orang lebih baik daripada solat bersama seorang. Semakin banyak (yg solat) semakin DISUKAI Allah Azza wa Jalla."
[Sunan Abu Daud:467, Sunan an-Nasai:834, Musnad Ahmad:20312, Al-Mustadrak:3/269 dan Sahih Ibn Khuzaimah:1477]

Ayuh, mari kita JAGA SOLAT sedaya upaya! 
Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.. di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa KEHAMBAAN dan menajamkan RASA BERTUHAN.

Bermalam di Katil Seorang Lelaki

>> First skali jgn salah paham bila baca tajuk atas tu ye~ hehe...
>> Nie cuma kisah tentang seorang lelaki dan seorang perempuan.
>> Bagi aku story ni 'sweet' la..huhu


Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. 
Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung sesiapa...lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. 
Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ketempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar dah tertinggal.

Trainer yang  mengetuai rombongan ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka pun balik laaaa.

Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra..... menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain, tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. 
Start lah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. 
So dia pergi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan
lewat 20an dan bertanya: "Siapa kamu?" 
Jawablah cikgu tadi yg dia tertinggal bas rombongan dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya terletak di selatan dan tempat mereka berada di utara dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. 
Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang akal...

Disebabkan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam di pondok dia je sementara tunggu subuh untuk hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai penghadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi  duduk di penjuru pondok  dan membaca buku.
Yg cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak
brenti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus bakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apa lagi,bertambah kecut perut takut kerana  berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. menggeletar giler maut...
Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi
..............??????...................

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya. 
Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju.
Dalam hati si bapa tadi heran tengok  jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan
bertanya kenapa...??????

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam di pondok beliau.
Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka.
Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang ke rumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., 
tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang
sudah..................................................

MOTIF CERITA....................

Beruntunglah lelaki tersebut kerana menghindar kan diri dari melakukan
benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan
halal seumur hidup...............




So apa lagi geng.... kot ada awek tersesat.. bakar lah jari korang!

>> So ambillah iktibar dari cerita kat atas... :-)

9 SITI

1) SITI KHADIJAH
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg pertama, 
melahirkan anak2 Rasulullah, 
setia dan banyak menyokong perjuangan Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang2 kafir dan musyrik, 
menghantar makanan kepada Rasulullah ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) SITI FATIMAH
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
- Sangat setia dan kasih kpd suaminya, Saidina Ali Karamullahu Wajhah walaupun Saidina Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 berbantalkan lengan Ali.
- Rasulullah pernah berkata 'aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.'

3) SITI A'ISHAH
- Beliau isteri Rasulullah yg paling muda dan romantik.
- Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Baginda minum di situ beliau minum menggunakan bekas yg sama.

4) SITI HAJAR
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan perintah Allah.
- Sanggup ditinggalkan Nabi Ibrahim atas perintah Allah demi kebaikan.
- Berjuang mencari air di tengah2 padang pasir untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan ibu mithali).

5) SITI MARIAM
- Wanita suci yg sangat menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) SITI ASIAH
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapi daripada Firaun laknatullah.

7) SITI AMINAH
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasulullah dan mendidik Baginda menjadi insan mulia.

8) SITI MUTI'AH
- Seorang yg patut dicontohi dan dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanan tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suamiya sahaja.

9) SITI ZUBAIDAH
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
- Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t

Princess Elise ~ bangga sebab ayah saya pun bagi nama SITI kat saya ^_^

Aku tetap enjoy hidup SINGLE..hehe

Assalamualaikum semua...hurm, malam ni terasa nak update blog la..huhu
Berapa hari je lagikan kita bakal menyambut tahun 2012.
Umur aku pun makin bertambah,, 23 years old.
HHaaaahhhhh?? Dah nak masuk 23 tahun dah aku rupenye~
Lepas nie bakal tiba la zaman2 orang sibuk bagi soalan cepu mas.
Study pun dah tak lama nak abis. Konfem la lepas abis study nanti telinga aku ni panas..huhu
Apa lagi dah nak masuk sem 6 (next year) tapi calon pun belum ada. 
Calon pun belum ada, pakwe jauh skali la..huhu
Banyak perspektif orang tentang jodoh kan?
Ada orang jodohnya cepat, ada pulak jodohnya lambat.
Ah,, tak kesah la cepat ke lambat..yg penting enjoy dengan  kehidupan kita.
Bukan enjoy masuk kelab or buat maksiat..tapi enjoy la dengan menghargai setiap yg ada di sekeliling kita :)

>>Hurm~ terjumpa plak tentang perspektif jodoh ni..so layan jela n rajin2kan diri untuk baca ye..especially yg single macam saya..hehe! :P


Harap2 boleh baca la ye kengkawan~ xboleh nak besarkan..kalau besarkan jadi xnampak pulak :D

Because of That Man

Assalamualaikum semua~ :)
Macam xleh tido plak malam nie.. mata ni xnak lelap. Rumet aku plak sedap je dah tido. 
Agaknya dah sampai ke bulan kot, huhu... Penat agaknya lepas 'brainwash' aku tadi.
Anyway to my friends, thanks for ur kritikan, nasihat, panduan yg telah kamu berikan.
Kerana kalian adalah cermin bagi diriku. 
Terima kasih, terima kasih, terima kasih!

OST Nora Elena - Jangan Kau Pergi

Tak pernah ku rasa begini
Ku menyintaimu sepenuh hatiku
Ternyata hanyalah dirimu
Yang mengerti aku sepenuh hatimu

Ku inginkan selalu terhentinya waktu
Supaya kita terus bersama
Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
Ku perlukan kamu
Inginmu selalu temani jalan hidupku

Ternyata hanyalah dirimu 
Yang amatku rindu
Ku rindu selalu
Ku inginkan selalu terhentinya waktu
Supaya kita terus bersama
Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
Ku perlukan kamu
Inginmu selalu temani jalan hidupku

Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh

Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
Ku perlukan kamu
Inginmu selalu temani jalan hidupku

Janganlah kau pergi...


>> Jangan pernah terdetik di hati awak untuk tinggalkan saya. ~ IKHLAS DARI HATI ~

Kerana Sekeping Hati Bukan Milik Kita

 >Sekeping hati ini bukan milik kita, bila2 masa je Dia boleh terbalikkan<

>Kerana itu aku bimbang andai sampai satu saat di hati ini tidak lagi ada kamu<

>Kerana itu juga aku bimbang andai tidak dapat menunaikan janji yg telah dibuat untuk kamu<


...
kenapa??
...

>Kerana terkadang ada insan lain yg ingin mengetuk pintu hati ini<
>Kerana hati ini terkadang merasakan tidak lagi diperlukan kamu<
>Kerana diri ini tidak tahu apa yg telah Allah tetapkan untuk kita<
>Namun aku masih berharap jodoh itu tetap milik kita<


........

Hanya sesekali kita berhubungan sehinggakan kadangkala aku merasakan diri ini seperti diabaikan


Hanya sesekali kamu mengirim khabar berita sehingga aku merasa diri ini tidak penting dalam hidupmu

Namun, aku pernah berjanji untuk setia menunggu kamu

Dan kau juga berjanji untuk datang menyuntingku bila tiba saatnya

Walau seringkali hati ini hampir rapuh, tapi itu jugalah yg menguatkan lagi hati ini supaya terus bertahan

Akan ku terus bertahan melangkah dan menempuh dugaan yg mendatang

Dengan keyakinan kau akan menjemputku suatu hari nanti

~ Untuk menghalalkan rasa cinta ini ~

~ Doaku panjatkan semoga Allah tetapkan hati aku dan hati kamu sehingga waktu menyatukan hati kita ~ 


Jika ALLAH tak memberimu seseorang yg kamu impikan,
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yg memimpikanmu.

Bila ALLAH tak memberimu seseorang yg kamu rindukan,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yg merindukanmu.

Bila ALLAH tak memberimu seseorang yg kamu dambakan,
Semoga Dia memberimu seseorang yg mendambakanmu.

Bila ALLAH tak menyatukanmu dgn seseorang yg kamu cintai,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yg mencintaimu.

Yg bukan hanya kerana apa yg ada padamu ....
tapi apa adanya dirimu!!!

Sujudkan HATI dan JIWAmu,,
Semoga ALLAH memberi kita yg TERBAIK
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya..
Kerana... Jodohmu takkan jauh sifat, peribadinya sepertimu...