Kenduri Kendara Oghang Utagha

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, selesai sudah majlis akad nikah dan kenduri kakak angkat aku di Felda Mata Ayer, Perlis pada 22/3 dan 23/3 lepas, hari jumaat & sabtu. Walaupun berdepan dengan dugaan untuk sampai ke sana, alhamdulillah akhirnya sampai jugak aku. Cuma terkilan sebab tak sempat tengok Kak Ah akad nikah. Aku sampai sana diorang baru je balik dari masjid.

Tapi berbaloi jugak aku rasa dapat pi perlis. Dengan bas rosak, berbelas jam aku duk dalam bas (lenguh belakang~) tapi mereka menyambut aku dengan muka ceria buat letih aku hilang teruihhh. Seronok pi kenduri kawen nih.

Buat adik aku kat UUM and adik-adik UUM yang lain, maaf banyak-banyak tak sempat melawat. Niat di hati sebelum majlis akad nikah nak pi lawat adik-adik suma, rindu dah lama tak jumpa tapi sampai perlis pun dah pukui 3, akad nikah pun tak dan nak tengok so memang tak sempat la citer dia. Moga Allah pertemukan kita lagi di waktu yang lain insyaaAllah.

Simple-simple je kata kak Ah...

Antara adat orang utara yang beza sikit dengan kelantan yang aku nampak laaaa, (1) Bunga teluq depa banyak~ sampai 7/8. Yang mak menakan, pak menakan, sedara-sedara bagi. Kalau kat kelantan bunga teluq biasanya 1 je paling banyak pun 2 je. (2) Rombongan pengantin lelaki akan sampai sebelum zohor, beza dengan kelantan lepas zohor. (3) Kat sana pagi hari kenduri sanak-saudara biasanya dijamu dengan pulut + ikan kering + nyoq, kalau kat kelantan belasah je makan pe pun kan kan? (4) 'Duit ngele' - kalau di klatey loni paling kure pun 10 ya, kat sana tak kisah pun brapa...seringgit pun takpe.


Ada 2 orang lagi kak angkat yang tak masuk gambaq

Buat keluarga angkat di Felda Mata Ayer, terima kasih sponsor makan, tempat, tambang teksi, tiket bas, pa suma la. Buat kak Ah, TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU. Moga cepat dapat anak, nanti bertambah la anak menakan oghang..ehhh =)

Gambaq tengah tu kak Ah dan suami

Lepas majlis kenduri, malam tu jugak aku terpaksa balik kelantan sebab pagi ahad tu kena masuk opis suda~ Depa bagi amanat suh pi sana lagi bulan 6 ni, insyaaAllah. Masa nak naik bas sempat lagi mak 'huluq' kat aku sikit buat belanja..hihi =D


No comments:

Post a Comment