ISTIKHARAH

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, di pagi jumaat ni aku masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk memperbetulkan diri dan bertaubat pada-Nya.

Ada yang bertanya pada aku, "kak...petunjuk istikharah tu melalui mimpi je ke kak? kalau camtu solat istikharah saya tak menjadi la? sebab saya takde mimpi apa apa pun."

Petunjuk istikharah tak semestinya melalui mimpi. Boleh jadi mimpi yang kita dapat cuma bayangan dari syaitan. Pernah dulu aku menghadiri ceramah ustazah Fatimah Syarha, kata beliau istikharah tu petunjuk dari Allah tak semestinya melalui mimpi. Petunjuk juga boleh didapati melalui ketenangan hati kita semasa membuat pilihan.

Sebagai contoh dalam soal jodoh, pilihan kita tu direstui ibu bapa, hati merasa tenang dengan pilihan tersebut, dipermudahkan Allah urusan ke arah pernikahan, itu juga boleh dikira sebagai petunjuk dari Allah. Sebelum istikharah ada juga syarat-syaratnya. Kalau hati kita sudah yakin dan tekad dengan pilihan, istikharah tidak perlu sebab dalam keadaan macam ni, bila hati dah meletakkan jawapan, istikharah itu tidak ada maknanya.



Yang paling penting untuk dapat petunjuk yang sebenar-benarnya dari Allah, bersihkan hati kita dulu. Solat yang wajib mesti cukup jangan tunggang terbalik.

Apa apa pun, kalau nak pilih jodoh, selain istikharah beristisyarahlah (mesyuarat) dengan ibu bapa dan orang yang lebih tua dari kita. =)

No comments:

Post a Comment