MENCUCI HATI

>> Setiap orang itu imannya ada turun naik. Bagi aku tak mustahil kalau hari ni dia melakukan suruhanNya tapi esoknya dia melakukan perkara2 yg dilarangNya. Di sini aku nak berkongsi la beberapa petua untuk mencuci hati. Ni pun aku copy paste je..hehe..


~SELAMAT BERAMAL~

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikkan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

>> Aku pun xdela buat sume perkara2 kat atas tue tapi orang kata biarlah diri kita yg esok lebih baik dari hari ini. 
>> Sama-sama la kita memperbaiki diri sebab tak ada manusia yg sempurna melainkan Allah s.w.t
>> Semoga kita dapat mencuci hati kita yg makin lama makin berkarat. Bila hati suci nak buat ibadat dan suruhanNya pun kita rasa tidak susah dan membebankan. :)

The Glitering Past of Tradewinds

22 April 2011- Satu majlis makan malam telah diadakan bertempat di EDC UUM.
Macam bace brite plak..hihi

Anyway, 22 april tue aku attend grand dinner kat DPP aku ni. Majlisnye biasa2 je sbb xramai pun senior yg turun padang. Sepatutnye diorang la yg memonopoli majlis malam 2 tp..tah, aku pun xpaham ngan senior yg xmau join dinner 2. Sepanjang dinner 2 ade la berlaku beberapa adegan yg aku sendiri pun 'annoying' tp diamkan ajer. Almaklum ler..aku ni AJK bawahan je, xde kuasa nak lawan org 'atasan'.

Yg paling aku rase menaikkan darah aku, ade ke patut 'mereka2' itu cakap biro kami xwat keje. Xkan la kitorang nak repot bile time buat keje 2?? Yela...diorg mane nampak yg kami xtido sbb nak siapkan keje 2. Tp xdela sampai xtido..tido lewat jer, hahahaha.
Kutuk kami xwat keje bukan main, tp last2 puji keje kami siap bg extra n last minit job lg.. 2 pun kami xberkira, wat jugak yg diorang nak 2. 2 la lenkali nak mngata org pun jgn main ikut sedap mulut je!
*kang dah tergarang ni..hihi

But I'm still enjoyed that nite. 2 pun sbb ade sorang pakcik (camera man la..) ni sudi amikkan gambor2 ktorang pkai camera mahal dia 2..hehe
Kat bawah nie boleh la korang tgk gambor2 yg pakcik camera man 2 snapkan tuk ktorg.. =))

Gimik - Dr. Amy.. siap ade bunga api lagi tapi xde  lak gambar nak upload 
King n Queen of the Night - Shafiq n Sponge
AJK yg terlibat pada malam 2
Cantikkan lampu2 ni? Tapi aku lak yg pelik cam terkezut nengok lampu..hehe 

With our beloved pengetua, En. Shahrin Saad  
Klu dah giler gambo, kolam kat EDC pun bleh jadi port...  
Bebanyak gambo yg nie paling aku suker :D

p/s : lama bebenor aku nak upload gambo nie..kuikuikui

~ Saya Budak Baru Belajar ~

~Assalamualaikum semua~
~Saya nie baru je nak berjinak2 dgn dunia blogger~
~Tapi xdela pandai sgt nk menulis~
Hehe..
~Saje gedik tgk blog member.. so terasa nk buat blog gak~
~Maybe kt sini boleh la aku luah n cerite kisah aku~
tapi xmenarik pun..
kihkihkih...
~So kpd yg jadi follower aku n sape2 je yg visit blog nih,
feel free to leave your comment here :)