Eh,, iye ke bagi SALAM tu HARAM??

Citer ni baru je berlaku semalam and masih panas, masih hangat tapi belum meletop! haha...

Last night after outing dgn adik aku, macam biasa la online FB kejap sebelum tido. Baru je aku cadang nak sign out then suddenly ternampak ada mesej kat inbox aku. So aku bukak la.. Ohhh, it's a friend of my sis rupanyaaaaa, and he asked the reason why did I sent a message to his inbox 2,3 days before. Berborak-borak la kami sekejap dalam 2,3 kerat mesej. Takleh la nak mesej lama-lama sebab takde isi penting sangat pun. Plus dia kena kerja besok. As usual aku pun bagi la salam sebagai tanda mengakhiri perbualan kami.


Unexpected, he replied me "ish, tak baik la wi (bagi) salam ko (kat) ore jate (laki). haram hukum dio, tau dop?". Dalam hati aku, budak ni nak main-main ke ape ngan aku nih? Tapi masa tu aku buat-buat relax lagi. Then aku tanya secara ringkasnya laaaa,

"bakpo (kenapa) plop haram? salam tu kan doa. so maknanya laki pun haram la bagi salam kat pompuan?"

"makruh hukum dio (orang laki bagi salam kat perempuan), ore tino (perempuan) jawab haram la."

Masa tu aku cuba pikir ikut akal logik aku. Takkan la bagi salam tu jadi haram and berdosa sedangkan salam tu doa and sunat, menjawab salam pulak wajib. Dah itu yg aku belajar kat sekolah dulu betoi dak korang-korang?? Sambung balik.. Kata kawan adik aku lagi,

"meme salam tu doa tapi bukan untuk ore tino. ada dalam hadis bila sahabat2 nabi bertemu dgn isteri nabi dia bagi salam? takdop kea.. kecuali bagi salam ko rumah tu sebab taktau ada tino ko jate. bukak kitab arab tinggi dalam kitab feqah, kitab banjari ngan kitab al hikam rasanya ado hukum bab salam."

Lorh, aku bukak kitab tu pun tak pernah, ni nak aku kaji kitab tu? Meme dok doh la. Plus in my mind still pikir macam tak logik je salam 2 haram diberi and haram dijawab bagi perempuan. At that time I thought takpe la aku nak tanya ustaz azhar idrus la nanti. Then dia sambung lagi,,,

"tanya ustaz pondok, tanya tokguru la sene. kea nabi sabda dah pada akhir zaman ni hok halal jadi haram hok haram jadi halal. benda kecik ar kito nampok padahal besar."

Adusssss, once again aku terkena dgn budak nih! After that aku dgn bangganya jawab "salam tu dibolehkan selagi tak mendatangkan fitnah". Siap bagi dalil lagi aku nih. Padahal masa tu baru baca beberapa dalil. Search internet lagi tauu~~

Aku gaduh-gaduh lagi dgn budak nih pasal salam ni sebab dia still bangkang walaupun aku dah siap bagi hadis ni (biasa la sbb aku ni degil). A while masa tengah cantas mencantas idea tu dia post kat my wall FB pasal hukum bagi salam dgn panjang lebarnya. I read that and ooohhhh, my logic thinking said, soal hukum bukan soal main-main and aku dah salah pandangan dalam bab ni. 

Kesimpulannya,

1- Sekiranya yg memberi salam/menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yg haram berkahwin dengannya hukum sama seperti antara lelaki sesama lelaki.
2- Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yg boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
3- Haram perempuan muda yg boleh dikahwini memberi salam sementara lelaki makruh menjawabnya.
4- Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib di atas salah seorang dari mereka menjawab salam sekiranya tidak timbul fitnah.
5- Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawab sekiranya tidak timbul fitnah.
6- Apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan, wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
7- Harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulan wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.



Tak sangkakan benda kecik dan remeh macam ni pun kita still taktau hukum sebenar (mungkin korang dah tau, aku je yg taktau). Bab salam ni dibahaskan panjang lebar siap dgn dalil bagai bagi korang yg macam aku mula-mula tu pikir tak logik salam tu boleh jadi haram kat sini.

p/s : makin lama aku rasa makin banyak hukum yg aku taktau lagi :'( 

One of My Favourite Author!

Assalamualaikum semua...
Moga semua dalam rahmat Allah swt hendaknya.

Today, aku nak kongsi sket dgn korang-korang semua.
Kongsi ape?? hehe... tadaaaaaa!!~



Haaa... aku tau mesti ramai yg tau buku-buku nie kan? Tipu la kalau ada yg cakap taktau, melainkan korang tak pernah/dah lama tak menjejak kaki ke kedai buku..hekhekhek
Buat masa sekarang, aku sedang mencari masa untuk habiskan bacaan buku-buku nie.
Untuk persediaan la katakan~ hehe.. Persediaan ape? Tambah ilmu la adek-adek.. hoho
Actually novel nie dah lama dah jual kat pasaran tapi aku baru je beli masa attend wedding roomate hari tue..
Tu pun dah lama jugak since my first week after new sem began tapi tak sempat lagi nak baca (busy manjang kununnya~)

Buku tu pun satu tu yg kaler hijau tajuk "Sebarkan Cinta-Mu" roomate aku yg bagi pinjam sebenarnya sebab aku cakap aku suka ngan author buku nie. Novel ni sebenarnya novel tauhid and kata roomate aku jalan ceritanya best! 


"Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu" pulak aku beli sendiri. Dengar mereka-mereka yg dah baca pun cakap best buku nie. So sape2 yg belum baca dua buku nie p la beli kat kedai buku tu! Kalau nak pinjam ngan aku pun takde masalah =)

~ Mencintai Dalam Diam ~

Ya ALLAH...

Atas kehendak rasa...
Aku mencintai dalam diam..
Jika diamku membawa sebuah isyarat...

Jagalah pandangan dan hatiku...
Dari segelintir nafsu
yang membutakan mata


Ya ALLAH...

Jika yang ku rindukan dalam diamku...
Akhirnya bukan untukku...
Leburkanlah rasa ini
bersama waktu mengalun pergi..
Kikiskan rasa ini
yang sangat tak bertepi...

Aamiin yaa Rabbal'alaamiin...

Tak Suke La ngan Budak Tuh!

Minggu first kat UUM sem ni is awesome.. dah beberapa hari class start tapi baru semalam aku p class,haha. Itu pun 2 class cancel. Almaklum la minggu first. Lecturer pun malas lagi nak start class (bleh ke cmtu?), hihi..

Hoping and praying (ade ke word hoping?hehe..) a good started this sem will continue untill the end of sem. Sebab sem lepas banyak cabaran yang terpaksa aku lalui dengan persekitaran, kengkawan, masalah negara bagai.. macam PM pulak kan?? ekekeke..

Alhamdulillah sem nie aku dah dapat tukar bilik, dapat rumet baru yang 'sekepala' la jugak even dia lagi 'tua' dari aku, hehe.. Persoalan yang kerap ditanya sem ni "Awat hang tukaq bilik weh?" "Hang ada masalah pa sampai nak tukaq bilik?" and bermacam jenis soalan seangkatan la. I don't know how to reply them back. I have my own reason that kalau aku bagitau bakal mengaibkan mereka-mereka yang pernah berkongsi suka duka bersama. So let it be a secret. 

Pagi tadi masa tengah godek-godek fb kawan, I found this on his wall (kwn aku tu laki).

Betul kata Hilal Asyraf, tak semua orang akan suka kita sepanjang masa and tak keterlaluan kalau ada yang memang benci/tak senang dengan kehidupan dan diri kita. Itulah yang jadi pada aku sem lepas. 

Apa yang penting adalah niat kita, perbuatan kita diniatkan dan dipaksikan untuk mendapat keredhaan Allah swt. Pedulikan apa jua kata-kata, cacian, makian, hinaan (dan macam-macam __an lg) yang hanya buat hati kita tidak tenang dan fikiran kita serabut fikirkan benda tu.



Untuk puaskan hati semua orang adalah perkara yang impossible sebab kita semua mempunyai pemikiran, tingkahlaku, background family, didikan yang berbeza. Jadi teruskan apa yang kamu rasakan patut dan betul selagi ia tak menyalahi agama dan undang-undang negara (kot2 la kene masuk penjara).

Last, ni la rumet baru aku..taarrraaa!!

Sorry kak dayah..amik gambar tanpa kebenaran =D

>> One fine day saya bagitau akak ek pasal blog nie (xbagi lg walaupun dia dh mintak nk baca).. and I'm pretty sure you'll find this entry and this 'stolen picture'. SELAMAT PENGANTIN BARU ye kak dayah! =P

Sekeping Gambar

Alhamdulillah hari ini aku masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menghirup udara di muka bumiNya dan masih diberi peluang untuk bertaubat kepadaNya.

Setelah sekian lama aku 'mengabaikan' blog nie.. Hari nie aku nak bercerita tentang GAMBAR.
Ramai orang suka bila picturenya di snap kan?? Apa lagi yang snap pic sendiri sambil buat muka tah ape-ape gaya. Aku sendiri pun kengkadang datang gak habit 'giler gambo',hehehe...

Kisah benar nie diceritakan oleh adik aku masa raya hari tue.
Oppsss, lupa pulak nak beraya dulu..SELAMAT HARI RAYA n MAAF ZAHIR & BATIN buat semua kengkawan n readers blog nie. Aku pun tak sure dari mana adik aku tu dengar cerita ni tapi katanya ni kisah benar. Jadi kalau dia tipu aku maknanya aku pun tipu korang gak la kan?? haha...

Ada sorang budak perempuan nie yang punya habit macam biasa la bila snap pic then upload kat fb. Wallahua'lam gambar yang di'upload' tu sama ada menutup aurat atau tak tapi kemungkinan besar tak berapa nak menutup aurat la, mungkin.
Hukum alam setiap yang hidup tu pasti akan mati dan takdir Allah swt umur budak perempuan ni diambil dalam usia yang masih muda..innalillahi wa inna ilaihiraji'un, al-Fatihah.
Setelah tak berapa lama kematian budak perempuan nie, si ibu bermimpi melihat anak perempuannya diseksa dalam kubur dan anak perempuannya tadi minta pertolongan dari si ibu untuk DELETE semua gambar-gambarnya yang ada dalam fb. Jadi si ibu menghubungi pakwe arwah budak perempuan ni supaya delete semua gambar dalam fb anaknya atau delete akaun fb. Malang sangat-sangat malang bila si pakwe budak perempuan ni sendiri tak tau password untuk bukak fb makwenya tu, apatah lagi orang lain kan?
Bayangkanlah betapa seksanya azab yang terpaksa ditanggung budak perempuan tadi dari dosa yang berterusan dia dapat setiap kali bukan muhrim tengok gambar-gambarnya yang tak tutup aurat dalam fb tu, nauzubillahi minzalik.

Dan sampai ke saat adik aku bercerita kisah ni akaun fb nye masih lagi aktif dengan gambar-gambar yang ada dalam tu dan si pakwe budak perempuan ni sampai terpaksa post status dalam fb mencari seseorang yang boleh tolong 'hack' akaun fb budak ni untuk delete akaunnya terus.

Buat kengkawan semua, kalau ada gambar-gambar kita yang tak tutup aurat kat dalam fb tue cepat-cepat ler delete sebelum kematian menjemput kita. Lagi senang kalau buang jer semua gambar-gambar yang ada dalam fb tu kan??

Wallau'alam...