Citer ni baru je berlaku semalam and masih panas, masih hangat tapi belum meletop! haha...
Last night after outing dgn adik aku, macam biasa la online FB kejap sebelum tido. Baru je aku cadang nak sign out then suddenly ternampak ada mesej kat inbox aku. So aku bukak la.. Ohhh, it's a friend of my sis rupanyaaaaa, and he asked the reason why did I sent a message to his inbox 2,3 days before. Berborak-borak la kami sekejap dalam 2,3 kerat mesej. Takleh la nak mesej lama-lama sebab takde isi penting sangat pun. Plus dia kena kerja besok. As usual aku pun bagi la salam sebagai tanda mengakhiri perbualan kami.
Unexpected, he replied me "ish, tak baik la wi (bagi) salam ko (kat) ore jate (laki). haram hukum dio, tau dop?". Dalam hati aku, budak ni nak main-main ke ape ngan aku nih? Tapi masa tu aku buat-buat relax lagi. Then aku tanya secara ringkasnya laaaa,
"bakpo (kenapa) plop haram? salam tu kan doa. so maknanya laki pun haram la bagi salam kat pompuan?"
"makruh hukum dio (orang laki bagi salam kat perempuan), ore tino (perempuan) jawab haram la."
Masa tu aku cuba pikir ikut akal logik aku. Takkan la bagi salam tu jadi haram and berdosa sedangkan salam tu doa and sunat, menjawab salam pulak wajib. Dah itu yg aku belajar kat sekolah dulu betoi dak korang-korang?? Sambung balik.. Kata kawan adik aku lagi,
"meme salam tu doa tapi bukan untuk ore tino. ada dalam hadis bila sahabat2 nabi bertemu dgn isteri nabi dia bagi salam? takdop kea.. kecuali bagi salam ko rumah tu sebab taktau ada tino ko jate. bukak kitab arab tinggi dalam kitab feqah, kitab banjari ngan kitab al hikam rasanya ado hukum bab salam."
Lorh, aku bukak kitab tu pun tak pernah, ni nak aku kaji kitab tu? Meme dok doh la. Plus in my mind still pikir macam tak logik je salam 2 haram diberi and haram dijawab bagi perempuan. At that time I thought takpe la aku nak tanya ustaz azhar idrus la nanti. Then dia sambung lagi,,,
"tanya ustaz pondok, tanya tokguru la sene. kea nabi sabda dah pada akhir zaman ni hok halal jadi haram hok haram jadi halal. benda kecik ar kito nampok padahal besar."
Adusssss, once again aku terkena dgn budak nih! After that aku dgn bangganya jawab "salam tu dibolehkan selagi tak mendatangkan fitnah". Siap bagi dalil lagi aku nih. Padahal masa tu baru baca beberapa dalil. Search internet lagi tauu~~
Aku gaduh-gaduh lagi dgn budak nih pasal salam ni sebab dia still bangkang walaupun aku dah siap bagi hadis ni (biasa la sbb aku ni degil). A while masa tengah cantas mencantas idea tu dia post kat my wall FB pasal hukum bagi salam dgn panjang lebarnya. I read that and ooohhhh, my logic thinking said, soal hukum bukan soal main-main and aku dah salah pandangan dalam bab ni.
Kesimpulannya,
1- Sekiranya yg memberi salam/menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yg haram berkahwin dengannya hukum sama seperti antara lelaki sesama lelaki.
2- Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yg boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
3- Haram perempuan muda yg boleh dikahwini memberi salam sementara lelaki makruh menjawabnya.
4- Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib di atas salah seorang dari mereka menjawab salam sekiranya tidak timbul fitnah.
5- Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawab sekiranya tidak timbul fitnah.
6- Apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan, wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
7- Harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulan wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
Tak sangkakan benda kecik dan remeh macam ni pun kita still taktau hukum sebenar (mungkin korang dah tau, aku je yg taktau). Bab salam ni dibahaskan panjang lebar siap dgn dalil bagai bagi korang yg macam aku mula-mula tu pikir tak logik salam tu boleh jadi haram kat sini.
p/s : makin lama aku rasa makin banyak hukum yg aku taktau lagi :'(
huhu..betol tu kak.. if laki bersin kan.. pastu diorg ckp alhamdulliah... spttnya jawap an.. tp klau laki.. xleyh jawap..hehe... pon baru tahu masa klas aagama kat skolah dulu.. hehe <3 akak..
ReplyDelete