~ Mencintai Dalam Diam ~

Ya ALLAH...

Atas kehendak rasa...
Aku mencintai dalam diam..
Jika diamku membawa sebuah isyarat...

Jagalah pandangan dan hatiku...
Dari segelintir nafsu
yang membutakan mata


Ya ALLAH...

Jika yang ku rindukan dalam diamku...
Akhirnya bukan untukku...
Leburkanlah rasa ini
bersama waktu mengalun pergi..
Kikiskan rasa ini
yang sangat tak bertepi...

Aamiin yaa Rabbal'alaamiin...

Tak Suke La ngan Budak Tuh!

Minggu first kat UUM sem ni is awesome.. dah beberapa hari class start tapi baru semalam aku p class,haha. Itu pun 2 class cancel. Almaklum la minggu first. Lecturer pun malas lagi nak start class (bleh ke cmtu?), hihi..

Hoping and praying (ade ke word hoping?hehe..) a good started this sem will continue untill the end of sem. Sebab sem lepas banyak cabaran yang terpaksa aku lalui dengan persekitaran, kengkawan, masalah negara bagai.. macam PM pulak kan?? ekekeke..

Alhamdulillah sem nie aku dah dapat tukar bilik, dapat rumet baru yang 'sekepala' la jugak even dia lagi 'tua' dari aku, hehe.. Persoalan yang kerap ditanya sem ni "Awat hang tukaq bilik weh?" "Hang ada masalah pa sampai nak tukaq bilik?" and bermacam jenis soalan seangkatan la. I don't know how to reply them back. I have my own reason that kalau aku bagitau bakal mengaibkan mereka-mereka yang pernah berkongsi suka duka bersama. So let it be a secret. 

Pagi tadi masa tengah godek-godek fb kawan, I found this on his wall (kwn aku tu laki).

Betul kata Hilal Asyraf, tak semua orang akan suka kita sepanjang masa and tak keterlaluan kalau ada yang memang benci/tak senang dengan kehidupan dan diri kita. Itulah yang jadi pada aku sem lepas. 

Apa yang penting adalah niat kita, perbuatan kita diniatkan dan dipaksikan untuk mendapat keredhaan Allah swt. Pedulikan apa jua kata-kata, cacian, makian, hinaan (dan macam-macam __an lg) yang hanya buat hati kita tidak tenang dan fikiran kita serabut fikirkan benda tu.



Untuk puaskan hati semua orang adalah perkara yang impossible sebab kita semua mempunyai pemikiran, tingkahlaku, background family, didikan yang berbeza. Jadi teruskan apa yang kamu rasakan patut dan betul selagi ia tak menyalahi agama dan undang-undang negara (kot2 la kene masuk penjara).

Last, ni la rumet baru aku..taarrraaa!!

Sorry kak dayah..amik gambar tanpa kebenaran =D

>> One fine day saya bagitau akak ek pasal blog nie (xbagi lg walaupun dia dh mintak nk baca).. and I'm pretty sure you'll find this entry and this 'stolen picture'. SELAMAT PENGANTIN BARU ye kak dayah! =P

Sekeping Gambar

Alhamdulillah hari ini aku masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menghirup udara di muka bumiNya dan masih diberi peluang untuk bertaubat kepadaNya.

Setelah sekian lama aku 'mengabaikan' blog nie.. Hari nie aku nak bercerita tentang GAMBAR.
Ramai orang suka bila picturenya di snap kan?? Apa lagi yang snap pic sendiri sambil buat muka tah ape-ape gaya. Aku sendiri pun kengkadang datang gak habit 'giler gambo',hehehe...

Kisah benar nie diceritakan oleh adik aku masa raya hari tue.
Oppsss, lupa pulak nak beraya dulu..SELAMAT HARI RAYA n MAAF ZAHIR & BATIN buat semua kengkawan n readers blog nie. Aku pun tak sure dari mana adik aku tu dengar cerita ni tapi katanya ni kisah benar. Jadi kalau dia tipu aku maknanya aku pun tipu korang gak la kan?? haha...

Ada sorang budak perempuan nie yang punya habit macam biasa la bila snap pic then upload kat fb. Wallahua'lam gambar yang di'upload' tu sama ada menutup aurat atau tak tapi kemungkinan besar tak berapa nak menutup aurat la, mungkin.
Hukum alam setiap yang hidup tu pasti akan mati dan takdir Allah swt umur budak perempuan ni diambil dalam usia yang masih muda..innalillahi wa inna ilaihiraji'un, al-Fatihah.
Setelah tak berapa lama kematian budak perempuan nie, si ibu bermimpi melihat anak perempuannya diseksa dalam kubur dan anak perempuannya tadi minta pertolongan dari si ibu untuk DELETE semua gambar-gambarnya yang ada dalam fb. Jadi si ibu menghubungi pakwe arwah budak perempuan ni supaya delete semua gambar dalam fb anaknya atau delete akaun fb. Malang sangat-sangat malang bila si pakwe budak perempuan ni sendiri tak tau password untuk bukak fb makwenya tu, apatah lagi orang lain kan?
Bayangkanlah betapa seksanya azab yang terpaksa ditanggung budak perempuan tadi dari dosa yang berterusan dia dapat setiap kali bukan muhrim tengok gambar-gambarnya yang tak tutup aurat dalam fb tu, nauzubillahi minzalik.

Dan sampai ke saat adik aku bercerita kisah ni akaun fb nye masih lagi aktif dengan gambar-gambar yang ada dalam tu dan si pakwe budak perempuan ni sampai terpaksa post status dalam fb mencari seseorang yang boleh tolong 'hack' akaun fb budak ni untuk delete akaunnya terus.

Buat kengkawan semua, kalau ada gambar-gambar kita yang tak tutup aurat kat dalam fb tue cepat-cepat ler delete sebelum kematian menjemput kita. Lagi senang kalau buang jer semua gambar-gambar yang ada dalam fb tu kan??

Wallau'alam...



:. Syaitan pun terdiam~ .:

- Semoga kisah ini jadi panduan dan peringatan untuk kita. -

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, "Orang ini memang boleh jadi sahabatku~!"

Begitu juga ketika berakhir waktu Zohor, manusia masih tidak mengerjakan solat. Syaitan tersenyum lebar lagi, "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti!."

Ketika waktu asar sudah hampir habis, temannya itu masih lagi asyik dengan urusannya. Syaitan mula terdiam... 

Kemudian datang lagi waktu maghrib, temannya itu tetap juga tidak mengerjakan solat.. maka syaitan mula nampak gelisah, senyumnya juga berubah menjadi kecut. Dari wajah syaitan itu nampak bahawa ia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu, mengingat-ingat sesuatu. 

Di saat  syaitan melihat sahabatnya itu tidak mengerjakan solat isya' maka syaitan menjadi sangat panik




Syaitan itu rupanya tidak mampu menahan diri lagi lalu menghampiri sahabat manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita."

Dengan rasa hairan manusia bertanya, "Kenapa  engkau ingkar janji? Bukankah baru pagi tadi kita berjanji akan menjadi sahabat?". Syaitan menjawab dengan suara terketar-ketar, "Nenek moyang aku dulu hanya sekali melanggar perintah Allah iaitu tidak mahu ketika disuruh sujud pada Adam telah dilaknat-Nya, apatah lagi engkau yang hari ini saja aku telah saksikan 5 kali melanggar perintah untuk bersujud pada-Nya. Tak terbayang olehku bagaimana besarnya murka Allah pada kamu."

: Selamat Hari Peperiksaan :

Lagi 5 hari mau datang final examination...
tapi entah bila aku mau take action...

Satu habuk pun tak disentuh lagi.
Wawawawawa~ 
Dah sampai tahap cenggini mula la masing2 tak tentu arah..
Study yg tue xkene study yg nie xkene.
Lumrah la tu bila nak dekat exam.. hihi =D

Tapi masih tak terlambat nak study sekarang...
Sebab student ni terer bila mai bab2 nak catch up balik.
Satu malam 7,8 bab pun boleh abis study.
BETOL TAK??

Bersempena ngan minggu final exam yg bakal datang...
Aku di sini ingin mengucapkan 
SELAMAT MAJU JAYA
buat semua rakan2 seperjuangan
=D =D =D

Nie ade doa yg boleh diamalkan tiap kali nak mula 
'baca buku' or 'study'


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya :
 "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

>> Boleyh klik DOA di sini utk panduan n doa2 lain utk menghadapi exam.
N sebagai orang Islam,
jangan lupa dgn konsep USAHA DOA TAWAKAL!
;-)