- Semoga kisah ini jadi panduan dan peringatan untuk kita. -
Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, "Orang ini memang boleh jadi sahabatku~!"
Begitu juga ketika berakhir waktu Zohor, manusia masih tidak mengerjakan solat. Syaitan tersenyum lebar lagi, "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti!."
Ketika waktu asar sudah hampir habis, temannya itu masih lagi asyik dengan urusannya. Syaitan mula terdiam...
Kemudian datang lagi waktu maghrib, temannya itu tetap juga tidak mengerjakan solat.. maka syaitan mula nampak gelisah, senyumnya juga berubah menjadi kecut. Dari wajah syaitan itu nampak bahawa ia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu, mengingat-ingat sesuatu.
Di saat syaitan melihat sahabatnya itu tidak mengerjakan solat isya' maka syaitan menjadi sangat panik!
Syaitan itu rupanya tidak mampu menahan diri lagi lalu menghampiri sahabat manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita."
Dengan rasa hairan manusia bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji? Bukankah baru pagi tadi kita berjanji akan menjadi sahabat?". Syaitan menjawab dengan suara terketar-ketar, "Nenek moyang aku dulu hanya sekali melanggar perintah Allah iaitu tidak mahu ketika disuruh sujud pada Adam telah dilaknat-Nya, apatah lagi engkau yang hari ini saja aku telah saksikan 5 kali melanggar perintah untuk bersujud pada-Nya. Tak terbayang olehku bagaimana besarnya murka Allah pada kamu."
No comments:
Post a Comment