Aku Insan Lemah

Assalamualaikum...

Saje je ni nak luah perasaan... saya bukan ustazah la! Huh, lepas perasaan. Masa di universiti lagi aku dipanggil ustazah hanya kerana solat 5 waktu. Nonsense bukan? Kerana masa tu orang-orang keliling aku pandang remeh soal solat. Solat tu wajib sayang~ Tak kira ustazah ke tak as long beragama Islam tinggal solat tu berdosa.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung. Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi." 

Bukan aku pandang rendah pada gelaran tu malah bagi aku gelaran ustazah sangat mulia. Dengan ilmu agama yang cetek, aku rasa macam orang perli aku dengan panggilan tersebut. Aku cuma seorang perempuan Islam yang baru bertatih untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Jadi aku amat mengharapkan sokongan kalian untuk terus istiqamah.

Dari kecik sampai besar, aku dapat pendidikan macam kanak-kanak lain jugak. Dari darjah 1-6 aku masuk sekolah rendah, naik sekolah menengah aku masuk sekolah menengah harian biasa je. Tak pernah aku masuk sekolah agama apatah lagi sekolah pondok. Masuk universiti pun aku takde la kawan dengan orang-orang bertudung labuh. Kebanyakan kawan-kawan aku orang-orang yang biasa saja dari segi agama, malah ada yang datang dari keluarga yang tidak menitikberatkan hal-hal agama.

Cuma mungkin Allah bagi aku hidayah lebih awal dari orang lain untuk menjadi muslimah yang lebih baik untuk hari esok. Dan aku berdoa Allah takkan tarik balik hidayah yang diberi-Nya dari hati aku bahkan memberi aku lebih banyak kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang dan terus istiqamah..amiiin.. (ku akui istiqamah itu susah).



Terima kasih kepada orang sekeliling dan keadaan yang menguatkan aku untuk jadi seperti sekarang. Kerana ujian Allah, aku menjadi lebih bergantung pada-Nya. Sememangnya kebergantungan setiap dari kita hanyalah pada Allah swt. 

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." al-Baqarah:286

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku berserah diri dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." at-Taubah:129

>> sebenarnya rasa kelakar jugak bila ada yang tanya, "ayah awak ustaz ke?" =D



No comments:

Post a Comment