Field Trip ~ Penang Port

Ohhh~ baru berkesempatan nak update entri baru..hihi =D
Kali nie nak citer pasal trip ke Penang Port anjuran club IBMS (international business management society). Kalau nak dikira memang sesuai sangatla trip nie dgn kos yg aku amik kt uum nie. Plus aku memang amik subject sea transportation, international logistic, n export management.

Pagi2 lagi semua yg join field trip nie berkumpula kat mall. Kalau diikutkan jadual kami sepatutnya gerak dari uum pukul 7.30 a.m tp disebabkan bas lambat perjalanan dimulakan pukul 8 a.m lebih kurang.

Sesampainya kat penang port nie, kami disambut dgn baik oleh pihak pengurusan walaupun kami sebenarnya terlewat sampai,, haiisshh.. 
Mula2 sampai tue aku dah macam excited sangat2! hehe.. yela, aku xpenah kot join field trip sebelum nie. Dari luar lagi aku dah dapat tengok 'in real life' benda2 yg selama nie aku blajar teori je. So first kami sampai, kami semua diberi taklimat serba sedikit pasal penang port nie. Sape dia punye CEO, manager2 yg ade, semua yg berkaitan dgn port management n authority la. 

After sesi taklimat, macam biasa la sesi soal jawab pulak yg menyusul. So banyak la soklan2 yg bg aku xrelevan pun ade,,huhu.. Masa sesi soal jawab tue, ada sorang student cina nie bertanya "What is TEU?".
Aku yg dengar pun terkejut kot..haha. Berubah air muka Dr. Sabariah (lecturer sea transportation kitaorang). Mana taknye dlm class berbuih kot mulut dia mengajar benda nie..haha.

Untuk pengetahuan korang semua, TEU ni adalah singkatan kpd "Twenty-footer Equivalent Unit" yg mana digunakan untuk kapal2 kontena. Dekat port kita tak guna 1 kapal, 2 kapal, 3 kapal tapi kita guna TEU untuk ukuran/size sebuah kapal kontena.

Sesudah sesi soal jawab, kami semua dibawa oleh pihak penang port melawat sekitar port.. Hurm,, bertambah tambah excited la aku..huhu. Mana taknya, selama ni gambar2 yg aku cuma boleh tengok dlm buku aku dapat tengok ngan mata sendiri. Gambar2 crane, ship, contena yg ade dlm buku, slide sume nampak biasa jer. Dah dapat tengok yg betul2, mak aih besarnya! hihi..

Then after visited tempat2 tue sume kami dijamu makan oleh pihak penang port. Hurm,,disebabkan masih awal nak balik so singgah la kat sunway dlu. Dari pkul 3 p.m lebih kurang sampai la pukul 5.45. Tu pun aku dah xtau nak round ape kat dlm sunway shopping mall 2..huhu..

Dalam pukul 6 ptg camtu, kitorang pun balik la~ Abis sudah sedikit sebanyak pasal trip kami kali nie.
Actually ade banyak gambar yg diambik masa lawat port tu tapi ade kat kawan aku. InsyaAllah kalau dah dapat gambar2 tue sume aku post dlm entri baru untuk tatapan korang eh.. :P

Malam pun dah lewat n mata aku pun dah berat nih,, so aku stop kat sini dulu entri kali nih. Gambar2 nanti aku post dlm entri baru okkeyh! Ok, good nyte all my dearest!

 

6th semester - Campus life begin!

Hurm.. jarang sebenarnya aku nak update blog ni ngan kisah2 hidup aku. Tapi layan jelah ye..hehe..

Hari nie my first day kuliah after menghabiskan cuti selama sebulan. Arrrgggghhhh,, rasa macam tak cukup je cuti.. tapi aku tetap bersemangat nak mulakan semester baru =) Tak sabar nak abis study sebenarnya..hehe..

So alkisah permulaan hari pertama aku ke kuliah.. macam semester2 lepas jugak. Bangun pagi, siap2 g kelas. First class pagi tadi STID1103 (aplikasi komputer dlm pngurusan). Not bad la jugak lecturer ni. Bodek siap2,,haha.. antara sebab aku update entri malam nie pun sebab 1 of my assignment kena buat blog. Since aku dah ade blog, pakai je la blog ni. 

Lecturer ni boleh tahan gak dia punyer 'gila2'..hehe sorry sir =D
Kesian kat member aku si yuliana a.k.a Lieq Keelyng..masa dalam kelas tadi tiba2 num matrik si lieq ni disebut oleh lecturer so berdiri la lieq meng 'introduce' herself. Yang tu biasa je la berkenalan ngan lecturer..tapi yang buat aku nak tergelak lecturer boleh g tanya member aku ni dah ade pakwe belum. Terkulat-kulat la si lieq ni pandang aku..hahaha

So esok meneruskan lagi hari ke-2 aku untuk semester ni..hope ok2 jela perjalanan semester ni.. :D
Fighting for the best result!!

:. Doa Buat Hati Yang Terluka .:

Ya Allah, 
Bila mana aku masih mengingati si dia yg bukan milikku, 
maka bantulah aku untuk melupakan dirinya...

Andai ada kenangan antara kami yg mengikat diri, 
maka lupuskanlah ia dari ingatanku...

Biarkan aku jauh dari dirinya, 
dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu...

Hilangkan bayangan dia dari mindaku ini Ya Allah, 
dan payungilah aku dengan rahmatMu...

Perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir menyebut asma'Mu..
Agar aku sentiasa selamat dengan CINTAMU...

Amin ya Rabbal Alamin...

Cinta Yang Tidak Mengecewakan


Bait demi bait ayat dalam naskhah ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul’ karya Ustazah Fatimah Syarha saya hadam. Minggu ini saja, sudah 5 kali saya membacanya. Rasa tidak puas baca sekali. Kadang kurang faham, saya ulang dari mula walau sudah sampai di pertengahan. Nyata, setiap jalan ceritanya, menusuk ke lubuk hati yang paling dalam. Terasa betapa banyak masa yang telah saya bazirkan selama ini.

Betapa banyak masa saya guna untuk menanti, untuk menunggu, untuk mengharap dan mengejar bayang-bayang. Akhirnya, saya jualah yang bermakan hati, dan menjadi mangsa cinta manusia yang tiada berkesudahan. Saya tahu, cinta manusia itu sementara, saya tahu cinta Allah maha hebat dari segalanya. Saya tahu. Tapi saya rebah dalam angan-angan yang saya cipta sendiri.
Usia 24 tahun, sudah dikira usia matang bagi seorang wanita. Apatah lagi, saya kini telah selesai menamatkan ijazah pertama dan sedang menyudahkan Latihan Dalam Kamar di sebuah firma guaman. Lantas bersendiri tanpa ‘teman’ di usia sebegini menjadi buah mulut dan modal cerita orang. Sekali lagi, andaian dan kata orang yang kita risaukan. Begitu rata-rata kita lebih runsing dengan kata orang lebih berganda dari apa yang Allah kata.

Benar ia lumrah. Selagi bernyawa dan duduk di bumi, maka itu adalah lumrah. Saya pernah terdengar satu ayat sinis, ‘kalau nak bergurau pun tak boleh, pegi buat rumah dalam hutan. Kawan dengan monyet.’ Lalu sudah berapa ramai manusia yang masuk hutan, bina rumah di sana dan berkawan dengan monyet? Seingat saya, kecuali dongeng ‘Tarzan dan Jane’, tiada manusia dari bandar yang sukarela ke dalam hutan, tinggal di sana dan berkawan dengan haiwan. Maka, lumrah akan kekal lumrah.
Saya terhanyut dek arus dari segi pemikiran saya. Saya mula bertanya diri, apakah yang telah angan-angan berikan dalam hidup saya. Hanyalah kegagalan. Cintalah punca angan-angan. Saya mula dilanda keliru dengan dunia cinta walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati, bukan secara zahir. Dan saya juga tidak pernah menterjemahkannya. Lantas hati menjadi raja, memberi arahan kepada seluruh anggota badan.

Nyata, cinta Allah jualah yang tidak pernah mengecewakan. CintaNya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini saya ada Allah untuk lebih dicintai. Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hambaNya, Cuma saya yang lalai dan tidak menghargai segala nikmat yang sekian lama ada di depan mata. Dan yakinlah bahawa pintu taubatNya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi.

Saya mula bertekad untuk kembali meraih cinta agung itu. Saya cuba bersihkan hati dengan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir. Tika itu, sukar juga untuk istiqamah terutamanya tahajjud. Namun saya sedar dan yakin bahawa ada rahsia Allah di sebalik amalan-amalan itu, maka saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya, darah daging saya. Saya cemburu dengan kawan-kawan yang dipermudahkan urusan jodoh mereka, berbahagia dan tidak diuji dengan lelaki.

Saya terfikir bahawa alangkah indahnya kalau cinta Allah ini tidak pernah dicemari oleh cinta dusta manusia. Airmata mengalir dengan laju apabila mengenangkan kesilapan saya bertahun-tahun menjadi lalai kerana cinta manusia. Saya genggam azam baru. Saya ketepikan lelaki daripada fikiran saya. Hati saya yakin bahawa cinta allah mampu membawa kebahagian yang hakiki. Bukan sekadar kerjaya, tapi cinta Allah mampu membawa kebahagian hakiki. Dialah sumber inspirasi dan pemberi motivasi yang maha mengetahui.

Saya yakin bahawa tarbiah inilah yang mampu menyemarakkan lagi cinta saya padaNya. Siang malam saya berdoa agar Allah menganugerahkan rasa cinta dan rindu kepadaNya dalam jiwa saya yang kosong ini. Saya ingin jatuh cinta pada Allah.

Saya ingin merasakan indahnya menemui cinta kerana Allah. Saya dapat rasakan hebatnya ketenangan jiwa yang lebih bermakna. Saya ingin terus memburu cintaNya. Hanya apabila tersemai semangat mencari cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya. Sesungguhnya, cinta Allah itu tidak boleh dikongsi dengan sesiapa. 

Dipetik dari akuislam.com

2012 Greetings ~ Thank You Allah

THANK YOU ALLAH...

We should be grateful to Allah for His blessing and His kindness that we are still around.

Eventhough I clutch my blanket and growl when the alarm rings, thank you Allah, that I can hear. There are many who are deaf.

Eventhough I keep my eyes closed against the morning light as long as possible, thank you Allah, that I can see. Many are blind.

Eventhough I huddle in my bed and put off rising, thank you Allah, that I have the strength to rise. There are many who are bedridden.

Eventhough the first hour of my day is hectic, when socks are lost, toast is burned and tempers are short, my parents nagging me, thank you Allah for my family. There are many who are lonely.

Eventhough our breakfast table never looks like the pictures in magazines and the menu is at time balanced, thank you Allah for the food we have. There are many who are hungry.

Eventhough the routine of my study is often monotonous, thank you Allah for the opportunity to further my study. There are many who have drop their study.

Eventhough I grumble and bemoan my fate from day to day and wish my circumstances were not so modest, thank you Allah for life.

THANK YOU DEAR ALLAH...
May 2012 bring us to a better life.