New Year Two O One Four (2014)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah di atas nikmat Allah yang tak terkira banyaknya.

01/01/2014
Menjangkau dan bakal men tua lagi setahun umur kita.
Tahun 2013 yang penuh suka duka dah pun berlalu, tak mungkin dapat di ganti semula.
Antara suka dan duka alhamdulillah rasanya banyak perkara yang menggembirakan sepanjang tahun ni,
dan harap lagi bermakna untuk tahun 2014, in syaa Allah...
Alhamdulillah dalam tahun 2013 aku dah jadi graduan UUM secara rasmi, melangkah setapak dari 23 ke 24 tahun.
Tahun ni kalau umur panjang jadi la 25 ye lis ;D
Kalau ikut kalendar Hijri memang dah 25 hang lis!

Sepanjang 2013 ramai kengkawan dah mendirikan rumah tangga, dapat anak, tambah anak, sambung buat master, yang tambah bini takdak lagi setakat ni,,hihi
Aku? Questions yang keep makes me dizzy and collapse~~ 
In syaa Allah...sape yang taknak semua tu kan? Everybody wants and deserve to get a happy and better life.
Doa, doa, doa! Dan tak lupa juga USAHA. Rezeki tak datang bergolek.

Tahun 2013 juga menyedihkan bila aku kehilangan seorang teman yang sangat aku senangi suatu ketika dulu.
Pergi beliau pulang kepada Pencipta kita sangat tak dijangka. Belum sempat awak menghabiskan pengajian di Mansourah, Mesir dalam bidang kedoktoran, awak pergi menghadap Dia dulu. Allah lebih sayangkan kamu teman. Semoga rohmu dicucuri rahmat. Al-fatihah...

Untuk 2014,
Aku pasti tahun ni pasti lebih mencabar untuk kita.
Semoga kita terus menjadi insan yang lebih baik, muslim yang lebih baik, anak yang lebih baik.
Semoga Allah terus memegang dan memimpin kita untuk menuju dan mencari redhaNya.
Semoga kita semakin kuat dan matang untuk menghadapi cabaran dan ujian akan datang.
Dan semoga tahun ini akan ada banyak lagi perkara-perkara bahagia dan gembira berlaku dalam hidup kita.