Nihon sukideshio!

Assalamualaikum wbt...
 
日本すきです!
Ok,,sape yang belaja hiragana, katakana dan kanji je boleh paham apa aku taip tuh, haha

Actually mood pagi ni nak tulis pasal kenapa aku suka dan minat Jepun ni,,since today I'm waiting for an important call. Arghhh, harap-harap rezeki aku la pagi ni, iA...
Bila aku bagitau kengkawan/orang lain yang aku betul-betul sangat-sangat suka Jepun ni biasanya reaksi diorang,,, 

"pompuan tu jela minat yang dia tau. tak korea, jepun."
"ko takde minat lain eh?"
"pe yang spesel sangat dengan jepun korea ko ni?"

Yang satu kepala minat ni ok la reaksinya tapi tak kurang jugak yang memerli, mengutuk sampai aku rasa nak hempok je! haha

Aku mula minat Jepun ni sebab kecik-kecik dulu aku suka tengok Detektif Conan. Lepas tu berjangkit ke anime, lagu, drama...dan sekarang aku suka dengan adat, budaya, dan nilai-nilai orangnya.

Ok, antara sebab aku suka negara Matahari Terbit nih...
  1. Sebab iklim 4 musimnya, summer, winter, spring, and autumn. Subhanallah, cantik sangat-sangat ciptaan Allah ni. Kat negara lain pun ada 4 seasons tapi nak Jepun jugak! haha
  2. Orang jepun ni yang lelaki takde la hensem mana, rasanya taste aku 'hensem' lagi 'ko' yang melayu n muka cam gangster sket tu kan..hehe..tapi gegurl gegurl jepun serius comel-comel kiut-miut.
  3. Paling penting aku suka budaya japanese yang susah nak jumpa dalam budaya lain. Suka membantu, susah sama susah, rajin, sangat menepati masa, jalan pun cepat. Sama dengan apa budaya yang Islam ajar kepada umatnya.
  4. Jepun adalah sebuah negara bukan Islam tapi ada roh Islam di sana. Andai sahaja Jepun adalah sebuah negara Islam...aihhhh...teringin aku nak ke sana tengok Islam di sana.
 Dan beberapa lagi sebab yang aku malas nak taip, hehe




Sangat cantikkan sakura nih! ;)

Aku ada impian nak p duk sana tapi nama pun impian yang mungkin tercapai dan mungkin tak.
Sape sangka ko pun pernah punya impian yang sama. Ada rezeki kita g sama ehhhh.. aishhhh, ada ko lagi dalam entri ni =D

No comments:

Post a Comment